Thursday, December 30, 2010

Yang Orang Pompuan Ramai Tak Tahu Pasal Bola

This post is a tribute to our Malaysian football team for winning the AFF Suzuki Cup last night.

Aku bukanlah peminat sukan bola sepak. Tapi boleh tahan beria jugak aku melompat-lompat depan tv kalau M'sia lawan mana-mana pasukan negara lain. Itu menandakan semangat cintakan negara tu...Aku lebih beria nak layan permainan bola sepak di TV sejak berkahwin kerana hasben aku memang minat abis ngan bola terutamanya liga bola sepak tempatan atau M'sia berlawan ngan mana-mana negara. Dulu aku hanya tahu kalau bola masuk gol, dapat satu gol. Pastu makin lama aku dah makin tahu byk pasal bola sepak. Aku rs unique rules dalam game bola sepak adalah antara sebab kenapa orang lelaki minat bola kot. Dan aku percaya ramai orang pompuan x tahu apa rules dalam bola sepak. Antaranya:

  1. Apabila dua kad kuning dilayangkan kepada sorang pemain dalam satu perlawanan yang sama, secara automatik dia akan mendapat kad merah. Bila dapat kad merah dia xleh main satu game tersebut dan juga game seterusnya. So, rugilah pasukan dia kalau dia pemain harapan utk skor gol atau defender yang bagus.

  2. Apabila satu kad kuning dilayangkan kepada sorang pemain dalam satu perlawanan dan perlawanan seterusnya dapat lagi satu kad kuning, tak dapat kad merah. Tapi tetap secara automatik dia xleh main satu game seterusnya dalam liga tersebut. Liga lain boleh je...

  3. Pemain x boleh buka baju dengan sengaja apabila terover gembira skor gol. Pemain akan dilayangkan kad kuning jika berbuat demikian. Peraturan ini dibuat kerana ia akan melambatkan perlawanan dan mengurangkan masa pihak lawan utk skor gol.

  4. Apabila pemain cuba berkomunikasi dgn referee kalau x puas hati satu-satu perkara dengan pengadilan yang dibuat, masa bercakap tu depa xleh mengangkat tangan ke depan menghala ke muka referee tu. Ini dianggap cuba memprovokasi referee. Kalau buat jugak, akan free2 dpt kad merah. Sebab tu cuba korang perhatikan lain kali kalau tengok bola, bila depa nak commnicate ngan referee usually they'll put their hand at the back sbb takut terangkat ke muka pengadil.

  5. Jumlah pemain yang bermain di atas padang bagi satu pasukan adalah seramai 11 orang termasuk penjaga gol. Jika pada satu perlawanan tinggal 7 orang pemain sahaja lagi selepas yang lainnya dilayangkan kad merah, maka secara automatiknya pihak lawan akan mendapat kemenangan 3-0.

  6. Di hujung masa permainan anda akan dapati pasukan yang mendahului dr segi skor gol akan cuba melambat-lambatkan masa perlawanan. Ada yg akan cuba buat-buat kejang2 kaki (siap naik atas stretcher n pastu selamba je blh berdiri sihat walafiat), sengaja sepak bola ke luar padang, buat-buat lambat nak sepak bola n segala mcm cara. Ini sume biasanya adalah adalah lakonan terhebat semata-mata.

Saja je nak share menda ni ngan korang. Manalah tahu korang blh lebih enjoy tgk game bola lepas ni.

Footnote:
  1. Aku siap berpeluk-peluk kegembiraan ngan hasben sambil Ismael dalam keadaan berbaring menjeling papa n mamanya sbb Indonesia tak berjaya dengan tendangan penalti mlm td. Kapten Indonesia yg amik penalti tu mcm x bersungguh je nak tendang bola. Syabas pasukan Malaysia! ESOK CUTI!!!!! Yeay.....!!!

  2. Tapi janganlah korang sokong Malaysia bila menang je. Sokonglah masa depa tgh tersungkur jugak. Tgk penyokong Indonesia. Walaupun dah tahu kemenangan utk depa mlm td sgt tipis, stadium tetap penuh. Pada aku, penyokong Malaysia belum sampai ke tahap tu.

Monday, December 20, 2010

Papan Tanda Bahasa Pasar

Tak pernah aku sangka papan tanda jalan raya yang dikeluarkan oleh jabatan kerajaan akan menggunakan bahasa pasar. Ya, aku akui aku tulis blog ni guna bahasa pasar but my target readers are not kids. Papan tanda jalan raya adalah untuk bacaan umum termasuk kanak-kanak. Nanti depa pon konfius yg mana satu bahasa melayu yang betul dan bahasa melayu pasar.

No wonder kalau student aku hari ni dengan selamba boleh bagi absence letter pakai bahasa pasar. Itu blom masuk tulis short form mcm sms.

Saturday, December 4, 2010

My Red Frangipani

Cantikkan bunga kemboja (frangipani) merah dalam post kali ni? Aku tanam kat laman depan umah. Ada 2 pokok, tanam dalam pasu. Setelah lebih dua tahun menanti akhirnya salah satu pokok mengeluarkan bunga. Selama ni aku tak tau pon bunganya akan kaler apa. Aku pon lupa nak tanya kat orang nurseri masa beli dulu. Alhamdulillah, harapan aku supaya bunganya kaler merah termakbul. Dan baru pagi tadi aku tau rupanya bau red frangipani nak seakan-akan bau bunga ros. Oh, sungguh harum...


Aku nyaris-nyaris nak buang pokok ni dulu. Lepas dua bulan tanam, tetiba dua-dua pokok mcm nak mati. Daun mcm kena penyakit, habis luruh sume daun sampai takde daun langsung dan nampak cam nak arwah dah. Rupanya bukan mcm nak mati. Memang nature dia gitu. Kebetulan ms pokok2 tu aku nampak cam nak mati tu mak aku datang umah. Mak aku bgtau tak lama nanti pokok tu akan keluar bunga. Aku tanya mak aku camne dia tahu. Dia kata dia tengok pokok yang sama ada di tanam di umah jiran nature dia gitu. Pastu mak aku suruh aku tengok pokok tu dekat2. Dia kata nak pastikan memang x mati, batang pokok tu masih ada kaler kehijauan. Memang betul, ada ciri kehijauan tu. So, nasib baik aku blom campakkan pokok-pokok frangipani tu. Kalu tak silap aku, pokok frangipani yang berbunga tu lepas 2 kali daun dia gugur baru berbunga. Aku jangkakan aku akan menikmati kecantikan agak lama sbb ada banyak kudup bunga. Harap-harap x lama lagi pokok yang satu lagi plak akan berbunga. Jeng...jeng...jeng...kaler apa plak. Sama kot - red frangipani.

Friday, December 3, 2010

Nature or Nurture?

Entry kali ni aku nak citer pasal gelagat sorang budak yang aku perhatikan masa kami sekeluarga berhenti makan di Restoren Taj, Jaya Gading about two months back. Aku cukup kagum dengan budak ni sbb dia telah tunjukkan yang dia sangat suka membaca. Aku agak dia dalam darjah 2 atau 3 berdasarkan saiz badan. Bukan senang nak cari budak camni. Kalu KL ngan Selangor tu aku tak heran sgt. Tapi ini di Pekan Kecil Jaya Gading.

Si adik kecik sedang kusyuk membaca. Masa tu ayah dia tgh dok berborak ngan kawan-kawan dia.


Dah lenguh berdiri dia bertinggung plak. Bersungguh betul.

Aku terfikir apalah agaknya perkara yang membuatkan dia minat membaca. Is it nature or nurture?

Thursday, December 2, 2010

Aksi-Aksi Unik Ismael

Skrip bagi setiap gambar adalah imaginasi aku semata-mata. Tidak dapat dipastikan apakah yg tersirat di fikiran Ismael. Layan jelah gambar-gambar ni.


Eh, nape nak bagi pakai gincu kat Ismael ni. Ismael nak lap balik lah ngan sapu tangan ni...


Jangan sesape pon cuba sentuh beg ni tau. Beg ni ada barang Ismael.


Apa tengok-tengok? Tak pernah tengok ke budak kecik 3 bulan pegang botol susu sendiri?


Hah! Nape x bagitau Ismael nak kena g kenduri arini? Tak siap lagi ni...Masih pakai baju tido ni.