Wednesday, August 6, 2014

Shed

Oleh kerana sayangkan banyak barang yang kami simpan di cellar, kami terpaksa invest duit untuk beli shed baru. Bagi yang tak tau, cellar adalah bilik bawah tanah yang biasanya terdapat kat rumah-rumah kediaman di sini terutamanya rumah jenis lama. Oleh sebab kebanyakan tuan rumah tak invest duit untuk buat proper insulation bagi cellar jadi keadaan cellar biasanya lembab yang sudah tentunya menggalakkan pembiakan kulat. Jadi untuk mengelakkan barang-barang yang kami simpan di cellar tu daripada jadi buruk dan rosak kami pon beli satu shed dari eBay berukuran 4 X 6 kaki persegi. Tak besar pon. Lebih kurang dua kali besar jamban kat kampung. Huhuhu.....Kami beli shed yang boleh disassemble semula supaya kami boleh bawa balik Malaysia nanti (hahaha....gigih!) atau paling tidak untuk dijual balik.

Kami pasang pada hari raya ke-4 ok....Oh, bukan kami sengaja mencutikan diri tapi kami bercuti sbenarnya sebab kereta kami rosak. Kerja-kerja memasang perlukan dua orang dan kami laki bini gigih berusaha di belakang rumah dari pagi sampai ke tengah hari. Fuhh.....letih jugaklah, siap jari aku luka lagi.

Material utama shed ni diperbuat daripada polycarbonate, nampak dari jauh macam besi tapi sebenarnya bukan besi. Bila dikemekkan dia akan balik kepada bentuk asal.

Budak kecik ni sibuk jugak nak tolong. Tapi last-last aku halau masuk rumah sebab dia sibuk main tanah siap bersila dengan baju tido tu.

Tinggal nak pasang bumbung dan pintu

Hampir siap dah. Tinggal nak pasang pintu ngan skru kat bumbung je.

Ha....dah siap! Ooopss....dari depan nampak macam jamban kat luar rumah. Huhuhu.....

Hasben amik kotak pisang dari supermarket untuk kami isi barang-barang kecik n supaya sistem penyimpanan lebih organize.

Operasi memindahkan barang dari cellar ke shed


 Gambar kiri: Kerja menyusun barang hampir siap
Gambar kanan: Dah siap susun

2 comments:

Asma said...

ala bestnya ada shed, sesuai sgt kalo nak isi tools2 gardening. kena bwk balik msia ni, byk gunanya

Naflyna said...

Kena gigih la kami bawak balik nampaknya :)