Tuesday, December 22, 2015

4 Musim Kan Ku Rindu

Spring

Summer

Autumn

Winter

Lokasi pemandangan kat atas adalah di lorong di mana rumah sewa kami tinggal sekarang. Pokok dalam gambar sebelah kiri tu pokok cherry blossom, one of my favourites especially during spring. Sayangnya aku tak berkesempatan nak snap photo untuk autumn masa daun pokok tengah sarat dengan warna kuning dan jingga keemasan.

Skang ni selalu terasa sayu bila tengok pemandangan kat sini di mana-mana. Sangat terasa masa kami di sini kian singkat bila sibuk dengan PhD. Syukur Allah beri nikmat pada kami merasa kehidupan di sini biar waktu susah dan senang kerana segalanya adalah pelajaran, pengalaman dan kenangan yang sangat bermakna untuk kami sekeluarga. 

Monday, December 21, 2015

Marshmallow Dari Cikgu

Rabu minggu lepas ada christmas workshop kat nursery Ielyas. Pastu ada satu aktiviti ni cikgu nursery tolong buatkan christmas treat berupa marshmallow campur serbuk coklat yang diletak dalam bekas plastik cone macam plastik isi popcorn tu. Pastu cikgu tolong hias skali dengan 2 biji mata dan hidung kat plastiknya. Comel dan nampak tempting la untuk budak-budak. Mak budak pon teringin jugak tapi apa boleh buat, bukan untuk mak budak. Huhuhu.....

Masa cikgu dok buat tu tetiba aku rasa musykil plak dengan marshmallow tu sebab aku x pernah jumpa ada jual marshmallow yang halal/suitable for vegetarian selain dari brand Cadbury. Itu pon yang brand Cadbury tu dulu je halal. Skang dah tak halal. Cikgu yang membalut tu cikgu mat salleh. Tetiba rasa was-was plak masa tu padahal dalam kepala aku ada gak terpikir, cikgu mestilah sensitif dengan hal tu sebab ramai budak muslim. Tapi risau jugak kot-kot cikgu terlupa. Jadi aku pon tanya la jugak. Alhamdulillah, cikgu tak pernah lupa. In fact yang menguruskan pembelian marshmallow tu cikgu muslim yang jugak merupakan ketua guru untuk budak-budak Foundation Stage (FS1 and FS2).

Pastu aku tanya la cikgu yang beli tu kat mana dia beli marshmallow tu sebab anak-anak aku suka sangat makan marshmallow tapi aku x pernah jumpa yang halal dan saiz besar-besar jual dalam packaging. Kalau jual kat supermarket semua yang aku jumpa ada pork/animal gelatin yang tak halal. Kalau kat kedai runcit Pakistan ada la jual yang halal tapi tak rasa macam marshmallow sangat dan dalam paket kecik-kecik dengan saiz marhmallow nya pon kecik je. Kalau untuk anak aku, beberapa kali ngap je dah abis. Yang cikgu sediakan untuk christmas workshop tu marshmallow nya besar-besar. Cikgu kata sebenarnya husband dia yang tolong belikan. Dia kata nanti dia tanyakan kat husband dia.

Lepas aku tanya tu esoknya giliran papa Ielyas yang hantar Ielyas ke nursery sementara aku hantar Ismael ke kelas dia. Masa husband aku hantar Ielyas tu cikgu suruh tunggu kejap. Husband aku ingatkan cikgu suruh tunggu untuk bacakan buku cerita untuk anak sebab biasnya hari Rabu adalah hari membaca bersama anak. Lepas baca dia pon terus keluar. Lepas aku hantar Ismael kebetulan hari tu aku pilih untuk lalu kat depan nursery. Rupanya cikgu Ielyas tengah tunggu aku depan nursery sambil pegang sebungkus marshmallow. Dia bukan saja bagi info kat aku kat mana aku boleh beli marshmallow tu tapi dia bagi sekali sebungkus marshmallow. Oh, sungguh aku  terharu. Bila aku bagitau kat husband cikgu bagi marshmallow, barulah husband aku dapat pick up rupanya cikgu suruh dia tunggu tu sebab nak bagi marshmallow tapi papa Ielyas yang mithali tak paham. Huhuhu.....

Inilah marshmallow pemberian cikgu Ielyas. Kat belakang bungkusannya ada tulis halal.

Oleh kerana aku dan husband terus ke universiti lepas hantar anak-anak ke sekolah, bungkusan marshmallow tu aku bawa sekali. Balik dari universiti aku tunjuk kat Ismael ngan Ielyas. Depa sangat excited dan senyum sampai telinga. Kalut depa suruh aku bukak bungkusannya. Lepas bukak tu aku sempat le rasa seketul dan aku pon naik ke tingkat atas rumah gi salin baju. Bila aku turun, dah abis dah si dua beradik makan. Tinggal plastik je. Huhuhu....

Nota kaki:
Masih ingat lagi masa aku balik Malaysia kejap aritu sebab abah aku tak berapa sihat, aku sempat la curi masa dalam kepenatan jet lag dan panas Ramadhan cari ole-ole nak bawak balik ke UK untuk anak-anak. Antaranya ialah marshmallow. Sampai UK aku catu marshmallow tu sebab x banyak mana. Si dua beradik dapat la makan beberapa kali. Kalau tunjuk semua, sah-sah sekali hadap je. Sadis....Huhuhu.....

Thursday, December 17, 2015

Persembahan Kedua Ismael Di Sekolah

Sempena nak Krismas tak lama lagi, pihak sekolah telah anjurkan satu persembahan semalam (15 Disember). Ismael dah ada pengalaman buat persembahan tahun lepas (tahun lepas punya cerita kat sini). So, tahun ni experience kedua untuk Ismael. Tahun ni pihak sekolah jual tiket untuk tengok persembahan £1 per tiket berbanding 50 pence for last year. Hanya boleh beli 2 tiket untuk setiap murid dan boleh pilih nak tengok persembahan waktu pagi atau tengah hari. Kiranya semalam depa kena buat persembahan dua kali. Kami pilih untuk tengok waktu pagi sebab lepas hantar dia gi school, boleh terus tengok persembahan dan lepas tu boleh terus ke universiti. 

Kalau tahun lepas Ismael jadi biri-biri dengan appearance pak pacak (huhuhu...) sekejap sangat macam tak sampai 15 saat (he made me proud though), tahun ni Ismael jadi Twinkle Little Star dan ada buat gaya bintang kelip-kelip pakai tangan. Cuma masa part dia tu patutnya dia kena menyanyi sekali lagu twinkle little star, dia jadi panik atau malu kot, dia hanya buat gaya saja. Masa dia berdiri sambil buat gaya dengan agak bersungguh tu aku rasa terharu sangat sampai bergenang air mata, tapi mujur tak meleleh. Kalau tak buat malu saja sebab terover. Huhuhu......Walaupon Ismael tak menyanyi masa part dia, dia join menyanyi memeriahkan nyanyian choir untuk persembahan part orang lain yang sebelum dan selepas part dia. 

Ismael tunjuk macam mana gaya persembahan yang dia kena buat

Christmas performance kali ni nyanyiannya kurang mantap sebab persembahan hanya melibatkan murid Key Stage 1 (KS1) iaitu murid Foundation Stage 2 dan Year1-Year 2. Performance murid KS2 (Year 3-6) buat asing. Performance tahun lepas combine semua jadi nyanyian lebih bertenaga dan harmoni sebab budak besar lebih pandai nyanyi dan fokus. Apa pon kesungguhan dan cubaan budak-budak tu lebih bermakna dan kami tetap terhibur. Bagusnya tahun ni lebih banyak budak ditampilkan pakai costume baru pelbagai watak, maybe sebab tahun ni ada bajet n arahan head teacher kot. Tahun lepas sekolah Ismael takde head teacher. Dalam banyak-banyak costume, antara yang kelakar adalah reindeer costume yang mengepalai kereta santa clause sebab kat hidung costume tu ada lampu kaler merah berkelip-kelip. Masa budak tu kena bangun buat persembahan pak pacak tu ada sorang cikgu tolong picit button bagi hidungnya berkelip dan budak tu dengan tak sengaja terseronok tengok hidung tu sampai juling mata dia. Aku plak tengok sampai seronok terketawa macam like other parents yang jugak perasan benda yang sama. Tapi pastu aku cepat-cepat control sebab risau plak kang nanti reindeer tu nangis. Hahaha.....

Rupa dewan persembahan. Simple je. Takde keluar modal untuk props pon. In fact takde pentas pon macam typical school hall yang kita ada di Malaysia.

Budak-budak dah mula masuk bersedia nak buat persembahan.

Dewan dah mula penuh dengan budak-budak. Ismael tengah berjalan, yang pakai costume bintang, dua dari kiri.

Encik pemain piano yang dijemput khas oleh pihak sekolah untuk mengiringi nyanyian persembahan. Tak pasti sama ada berbayar atau volunteer. 

Macam biasa, kami tak dibenarkan ambik gambar masa performance. Cikgu-cikgi berdiri keliling dewan, so memang tak boleh curi-curi ambik gambar. Kami hanya boleh ambik gambar anak masing-masing je lepas selesai performance. Sebelum performance, hasben aku ada le jugak ambik gambar tapi lepas tu kena tegur ngan sorang cikgu. So, gambar-gambar kat atas yang nampak orang lain tu semuanya diambil sebelum kena tegur dengan cikgu. 

Bergambar kenangan ngan anak kawan yang jugak buat persembahan. Before kami nak ambik gambar tu head teacher siap intai kat kami sebab takut kami ambik gambar budak lain tanpa kebenaran. Kawan aku siap explain kat head teacher tu yang kami nak ambik gambar anak-anak kami je.

Thursday, November 12, 2015

Tiru Gaya Model

Masa tengah tungu tram nak ke universiti ada sorang mamat ni teingin benor nak jadi model. Saban hari dok tengok poster kat tram stop tu, hari ni tetiba dia terasa macam nak test sama ada boleh atau tak jadi model. Hahaha.....

Nama model baru ni Fur Gilets. Boleh sign contract dengan dia ni dengan perjanjian bernilai serendah £20 setahun. Hahaha.....Ada bran?

Nota kaki: Ini entri orang tengah pening. Saja untuk suka-suki. 

Wednesday, October 28, 2015

Lunch Gaya Mat Salleh

Biasanya bila ke universiti kami bawa bekal lunch sendiri untuk berjimat cermat. Kalau tak bawak bekal biasanya kami akan makan kebab+fries atau beli bakeries dari Lidl/Tesco/Sainsburry. Seingat aku selama kami belajar kat sini tak sampai lima kali kami lunch ikut style mat salleh di sini. Maksud aku, lunch makan sandwich/pasta/burrito/salad/wrap yang ready packed, jual di Tesco/Sainsburry/student union shops/mana-mana cafe di universiti. 

Last week kami try lunch gaya mat salleh. Buat pertama kalinya kami cuba beli meal deal set of three: sandwich + drink + chips, beli di student union shop. Ada macam-macam pilihan sandwich, drink n chips. Pilih la mana-mana kombinasi yang termasuk dalam meal deal yang ditawarkan. Satu set dengan harga £3.29. Jangan darab ke RM. Kalau darab, kebulur kami kat sini. Huhuhu.....Dengan nilai duit di sini aku andaikan sebagai murah. Kalau beli nasi lemak lauk ayam seketul kecik saja pon kat sini dah £3.50, takde pakej dengan air minum ye... 


Kedai dan cafe kat universiti kami ada jual sandwich halal. Jadi pilihan kami tidak hanya terhad kepada vegeterian options. Set ni hasben yang punya dan berharga £3.29.


 Ini plak aku punya, jugak berharga £3.29. Roti tu besar jugak saiznya. Panjangnya ada kot lebih kurang 20cm n lebar dalam 8cm cenggitu. Kalau untuk aku, makan ni semua dah sangat kenyang. 

Dan.....aku rasa macam menyesal plak tak pernah cuba sebelum ni sebab bukan saja murah, tetapi jugak sedap, kenyang dan berkhasiat (roti tu penu dengan sayur segar). Oh ya, chips (atau keropok) yang dijual dalam meal deal seumpama ni di mana-mana kedai/supermarket tidak mengandungi msg. So, keropok dalam option meal deal tu takde lah merapu sangat. Makanan tu tak mengeluarkan bau yang kuat. So, no wonderlah kat sini kita boleh makan dalam library. Kalau kat Malaysia memang tak sesuai nak allow orang makan dalam library sebab makanan kita banyak yang harum semerbak dan berkuah. Apa pon makanan Malaysia tetap dihatiku. Hehehe....


Nota kaki: 
Tahun ni kami banyak cuba benda baru, menikmati bulan-bulan terakhir berada di bumi ratu. 

Friday, October 23, 2015

Menulis Nama

Setiap hari kami hantar anak kami bergilir-gilir, bahagi tugas hantar Ismael n Ielyas. Maksudnya, kalau hari ni aku hantar Ielyas, hasben akan hantar Ismael. Esoknya pulak aku akan hantar Ismael, hasben akan hantar Ielyas. Giliran ni akan memastikan kami tak ketinggalan memantau perkembangan kedua-dua anak kami. Kat sini, setiap kali hantar anak ke sekolah untuk kelas umur 6 tahun ke bawah terutamanya, parents dibenarkan untuk bersama dengan anak di kelas sehingga loceng kedua dibunyikan yang menandakan waktu belajar formal akan bermula. Biasanya, cikgu kelas akan sediakan bahan latihan atau aktiviti untuk budak-budak buat dalam tempoh 10 minit iaitu tempoh antara loceng pertama dan kedua. So, masa tu kita akan dan assist anak untuk siapkan short learning excercise yang disediakan dan dapat gambaran secara kasar apa yang telah atau sedang diajar di kelas. Kebanyakan parents akan tunggu sekejap untuk observe anak masing-masing dan kami biasanya takkan miss masa tersebut. 

Pagi 11 oktober giliran hasben aku hantar Ielyas ke nurseri. Lepas dah bunyi loceng kedua kami hasben n wife jumpa balik di kereta, nak ke universiti. Dalam kereta hasben aku bagitau Ielyas dah boleh tulis nama dia sendiri. Tapi masa dia bagitau tu aku sebenarnya macam tak percaya dan aku pon tak excited sangat sebab dok pikir hal kerja. Huhuhu.....

Then malam besoknya lepas balik dari universiti, tukar baju dan solat maghrib, kami pon layanlah anak-anak. Hasben aku pon suruhlah Ielyas tulis nama dia dengan pen atas kertas suratkabar. Masa dia tulis tu aku tak tengok. Pastu hasben tunjuk kat aku. Maha suci Allah, terkejut aku sebab memang betul Ielyas dah boleh tulis nama dia sendiri. Pastu aku suruh dia tulis sekali lagi sebab aku nak tengok sendiri. Ielyas bukan saja boleh tulis nama dia dengan betul tapi jugak cepat. 


Aku tertanya-tanya apa yang teacher dia kat nursery buat sampai ielyas boleh tulis nama dia sendiri. Esoknya aku hantar Ielyas ke nursery. Then aku ternampak ada nama budak-budak di print atas kertas dan kertas tu berlaminate.  Satu kertas ada satu nama budak. Then ada bekas besen besar berisi craft sand. Ielyas dia tau dah kalau nak tulis yang baru, dia kena goncang bekas tu. Tak lama pastu teacher Ielyas yang merupakan ketua penyelaras nursery datang kat tempat kami duduk tu n dia suruh sorang budak supaya practice tulis nama. So, begitulah rupanya cara depa ajar budak menulis nama. 

Ismael dulu hanya belajar tulis nama bila di Foundation Stage 2. But this time kat Foundation Stage 1 dah diajar. Menulis nama adalah latihan menulis antara yang mula-mula diajar kat sini. Bukan apa, bila depa melukis atau buat kraf tangan, senang depa boleh tulis nama sendiri. Tak perlu cikgu kalut nak tulis untuk setiap budak. 

Walaupon Ielyas boleh tulis nama bukanlah sesuatu yang sangat menakjubkan, tapi bagi aku itu sesuatu yang luar biasa sebab umur Ielyas blom pon masuk 4 tahun dan dia hanya berada di nursery setiap hari kurang dari 3 jam dan bukan setiap hari selama 2 jam lebih tu dia akan practice menulis nama. Dia banyak buat aktiviti lain jugak. Bukanlah aku nak canangkan betapa pandainya anak aku kat sini but the main point is pendekatan awal mengajar anak menulis. Bolehlah cuba. 

Friday, October 9, 2015

The Diamond

Masa awal first year PhD, hujung tahun 2012 kalau tak silap, kami dikabarkan akan ada satu bangunan baru di universiti untuk fakulti kami. Kami dikabarkan bangunan tu akan siap untuk diguna pada september 2015, masa sesi pengajian yang baru bermula. Tapi masa tu aku jangkakan kami takkan sempat tengok pon bangunannya. Julai 2013, kerja-kerja penbinaan bangunan tu telah dimulakan dan masa tu aku ditempatkan di office sementara di Victoria Street n project site Diamond dekat sangat ngan office aku. Project site dia berada di laluan aku nak ke surau. So, masa tu saban hari aku dok lalu-lalang kat situ. 

Seperti yang dirancang dan dijanjikan, bangunannya yang dinamakan The Diamond telah mula dibuka untuk staf dan pelajar secara rasminya pada 28 september baru-baru ni. Actually belom siap sepenuhnya, masih ada benda nak kena touch up tapi major works dah nampak siap. Sungguh aku tak sangka sempat jugak kami merasa nak jejakkan kaki ke dalam Diamond. Giler canggih aku nak bagitau. Mana tak canggih, bajetnya £81 juta. Antara bangunan dengan kemudahan tercanggih dan moden yang dimiliki universiti, boleh memuatkan sehingga 5000 orang pada satu masa. Dalam tu ada lecture halls, library specific untuk bidang engineering (fakulti kami fakulti engineering), cafe, social area, pelbagai labs, discussion rooms dan silent rooms. Interior dan exterior dia aku rasa moden dan sangat futuristik. 


Inilah The Diamond. Maybe korang tengok gambar ni rasa macam kecik. Tapi besar sebenarnya. Cer teka berapa tingkat? Jawapannya ada 6 tingkat termasuk ground floor. 


Tingkap kaca berbentuk diamond mengelilingi keseluruhan struktur luar bangunan. Obviously, ini sebab (mungkin antara sebab) kenapa nama diberi The Diamond. 

Masa aku baca emel pasal pembukaan Diamond tu, aku baru je lepas jumpa SV. So, rasa macam nak berjimba release tensen jap, aku ajak hasben gi sana. Hari kami masuk Diamond tu adalah hari first day pembukaan. Jadi memang sangat ramailah staf n student keluar masuk melawat macam kami laki bini. Ada jugak yang masuk sebab ada kelas/lab kat situ atau ada urusan lain. Meratalah kami explore masuk dari satu ruang ke satu ruang yang lain. Ramai jugak student dok sibuk ambik gambar. So, taklah nampak macam aku ni jakun atau pulun sangat bila sibuk ambik gambar. Huhuhu.... Budak-budak first year aku rasa mesti lagi excited tengok sana-sini. Maklumlah, first year. Ok, jom tengok koleksi gambar yang sempat aku snap masa hari lawatan tu.

Laluan ni membolehkan akses kepada most parts of the building. Students n staffs boleh keluar masuk menggunakan id card masing-masing. Buat masa ni hanya library saja buka 24 jam. Selepas kerja-kerja melengkapkan kemudahan dan touch up bangunan siap sepenuhnya tak lama lagi, Diamond akan dibuka 24/7. So, pasni kalau rs nak ubah angin mencari idea atau nak menulis, maybe boleh bertapa di sini plak. Kami dah spot beberapa potential areas untuk bertapa. Hehehe....

Antara social space yang disediakan. Ada sa....ngat banyak space disediakan dengan kemudahan wifi yang sangat laju. Best sangat. 

Ini antara space yang aku rasa privacy untuk menulis. Sambil menulis boleh makan dan minum kopi. Oh, ya. Kat sini library boleh makan minum dan sembang-sembang. Kalau sapa nak duduk tempat senyap kena pergi kawasan/bilik khas yang disediakan. Masa first time kami gi library kami terkejut sebab bising sungguh, tak macam library yang biasa kami gi. Office aku jauh lebih senyap ok.... Kawan-kawan dari negara lain pon yang sebelumnya belajar kat uni lain baik di UK mau pon luar UK pon cakap benda yang sama. Tapi ramai yang suka situasi tu sebab lebih freedom. Teringat dulu masa aku dan kawan-kawan buat discussion kat library selamba kami discuss cakap kuat-kuat sambil gelak ketawa n lepas tu makan bekal kat situ. Makan bihun goreng lagi. Hahaha....

More work space, social spaces dengan kemudahan open access computer

View dari sudut berbeza


Work space with see through glass yang membolehkan kita tengok orang lalu lalang kat aras bawah

Salah satu lab yang ada di Diamond

Setiap pintu masuk lab ada paparan jadual lab secara live

Ada kemudahan printing service jugak. Utk PhD students boleh print suka hati, free! Actually kat universiti kami since last year pakai network printer. Kami boleh print dari mana-mana desktop/laptop/tab/phone dan pastu boleh print kat mana-mana printer saja milik universiti. Kiranya boleh print kat department/school/fakulti lain. Bagusnya sistem network printing ni menjimatkan banyak kertas sebab apa yang diprint takkan keluar selagi tuan punya id tak swipe card utk print. Kan selalu kalau sistem printing yang biasa bila kita print dia akan terus keluar kat mesin. Pastu orang yang print selalu tak collect atau tak jumpa apa yang di print sbb orang lain dah letak tempat lain atau orang terambil. Then kalau salah print kekadang tu tak sempat nak cancel, mesin dah print pon. Kalau sistem network printing, tersalah print boleh cancel kat mesin. 










Area ni  menyerlahkan keunikan  Diamond


Best kerusi ni


Inilah bilik senyap untuk sesapa yang nak elak suasana bising


Pemandangan dari salah satu sudut bilik senyap

Lagi pemandangan dalam bilik senyap

Wednesday, October 7, 2015

Ismael Romantik

Cuaca pagi 19 September lepas panas dan hari tu adalah hari Sabtu. So, aku ada kat rumah. Pagi tu aku duduk kat ruang tamu tengah buat apa ntah aku pon tak ingat. Tetiba Ismael datang kat aku dan suruh aku sua telapak tangan. Pastu dia letak red rose petals. Terkezut aku n rasa macam nak marah masa tu sbb aku membayangkan bunga-bunga ros yang sedang mekar kembang kat backyard telah digondolkan Ismael. Tapi mujur aku tak cepat melatah. Aku gi tengok kat tingkap kat dining hall nampak banyak lagi bunga ada elok kat pokoknya. Then aku tetiba rasa terharu sebab Ismael rupanya try to be romantic. Hehehe..... Terharu plak aku rasa. 


Tak lama pastu tetiba aku tengok dia kelam kabut ambik pasu bunga yang aku beli di carboot sale dari dalam almari. Rupanya dia pi petik bunga chamomile plak n pegi isi air dalam pasu bunga tu n pastu letak bunga kat pasu bunga berisi air tu. Lepas tu dia letak atas meja makan n panggil aku suruh tengok. Hehehe.....Dari mana dia dapat idea tu pon aku tak pasti. 


Tak lama pastu lagi sekali dia bukak almari n ambik lagi satu pasu. Kali ni dia isi bunga lain plak. Aku rasa Ismael sweet sangat :) Sayangnya aku terlupa nak snap foto pasu berisi bunga yang kedua tu. Dah besar dah Ismael....macam-macam idea dia skarang ni. 

Tuesday, October 6, 2015

Ismael dan Lukisannya

Masa gi carboot sale tiga minggu lepas (carboot sale Thorpe Hesley yang terakhir untuk tahun ni) kami ada beli satu easel. Condition easel tu taklah elok sangat tapi bila consider function dia tidak tergugat dan rupanya boleh diperbaiki dengan wall paper kami beli la jugak. Lepas tawar dapat le beli dengan harga £1.50 daripada harga asal yang diletak £2.50. Kalau beli baru dengan 50% off harganya £15 ok.... Tak sangka plak Ismael n Ielyas masing-masing sangat enjoy melukis di easel tu. Sejak beli, setiap hari depa akan ambik kesempatan melukis apa yang depa suka.

Semenjak dah naik Year 1, Ismael dah semakin pandai melukis. Maybe sebab selalu tengok kawan-kawan dia melukis kat skolah kot. Dan setiap kali kami tengok lukisan dia kami rasa terhibur. Ala....lukisan budak 5 tahun. Tak sempurna tapi ketaksempurnaan tu yang membuatkan ia istimewa. Kadang-kadang macam tak sangka dia boleh lukis apa yang dia lukis tu. Jom tengok antara hasil lukisan Ismael.

Ini gambar budak pompuan tengah pegang flowers.

Aku ingatkan Ismael lukis gambar kapal. Rupanya gambar castle. 

Ini plak gambar budak pompuan dengan alien

Ismael kata ini gambar orang dancing

Petang Ahad tadi kami makan sate. Ini Ismael kata gambar papa dia makan sate. Ooopss...Ismael lukis gambar papa dia saja. Sate tu Ielyas yang tambah. Part rambut tu aku rasa memang sama. Hahaha....

Monday, October 5, 2015

Baju Tido Spiderman

Hari Khamis baru-baru ni aku ngan hasben singgah jap ke Matalan lepas balik dari universiti. Takde sale pon tapi saja je singgah sebab dah lama sangat kami tak ke sana. Rindu plak. Bagi yang tak tahu, Matalan ni satu retail outlet yang concentrate jual pakaian and barang perhiasan rumah. Walaupon brand dia taklah se'famous' atau segah Marks & Spencer, H&M, Debenhams, atau Topshop, kami laki bini suka jugak membeli kat Matalan sebab baju baju-baju dia banyak jugak yang cantik-cantik, berkualiti n murah lagi.  

Bila pusing-pusing tu aku terjumpa baju tido Spiderman sesuai untuk Ismael n Ielyas. Kebetulan ada dua design berbeza jadi elok sangat, senang aku nak bezakan yang mana satu Ismael punya dan yang mana satu Ielyas punya. Baju tak sama takpa tapi yang penting tema kena sama sebab depa tak kisah kalau tak exactly sama. Harga sepasang baju tido tu mahal lah jugak, £10, tapi sebab bajunya sangat elok dan aku tau Ismael n Ielyas suka sangat dengan karakter Spiderman (walaupon pada saat aku beli tu depa x pernah pon tengok citer Spiderman baik movie atau kartun bersiri. Ismael kenal Spiderman dari sesi bercerita cikgu dia di sekolah pakai komik dan Ielyas kenal Spiderman sebab abang dia selalu dok sebut-sebut)  jadi aku rasa berbaloilah. Lagi pon duit elaun terkini yang kami dapat baru-baru ni hak si dua beradik tu jugak sebab itu elaun untuk anak-anak jadi aku rasa tak salah sekali-sekala beli yang mahal sikit. Malah, sebagai tanda penghargaan pada depa kerana memahami kesibukan kami yang selalu balik lewat ke rumah lately. 
 
Tapi aku tak terus tunjuk kat depa lepas beli. Aku simpan dulu. Kalau tak mesti depa sibuk nak pakai terus. Aku nak nikmati tengok depa seronok dapat baju tidur tu. Petang tadi (Ahad), lepas mandikan depa baru aku keluarkan baju tidurnya dan tunjuk kat depa. Bukan main seronok lagi si dua beradik. Senyum sampai ke telinga. Senyuman gembira depa tu buat aku lupa kejap segala kekusutan kat kepala. Syukur di atas segala nikmatNya. 

Cantik tak baju kami?

Punya suka Spiderman sampaikan tag baju pon depa nak simpan. Hehehe....

Thursday, October 1, 2015

Pen Boleh Padam

Baru-baru ni hasben aku ada beli 3 batang pen di supermarket Asda masa kebetulan kami gi beli barang dapur di situ. Harganya £3 untuk untuk 3 batang. Jangan convert ye. Kira murah la tu dengan nilai mata wang kat sini sebab pen biasa-biasa je pon banyak yang lebih £1 sebatang. Hasben aku bagi le sebatang kat aku. Pen tu aku anggap sebagai sangat special sebab dakwat dia boleh dipadam. 

Ini le rupa pen yang dimaksudkan

Kalau pakai jenis liquid paper, kita kena tunggu beberapa saat dulu sebelum boleh menulis semula atas bekas kita bubuh liquid tu. Sebelum guna pulak kita kena goncang-goncang dan bunyi kluk klak kluk klak masa menggoncang tu boleh buat orang sekeliling terganggu. Bilik aku ni ramai yang sensitif dengan kebisingan jadi sah-sah tak sesuai. In fact, aku tak pernah jumpa sesapa dalam bilik ni pakai liquid paper. 

Lagi satu jenis pemadam pen yang ada adalah jenis tali tape putih. Hasil pemadaman dia aku rasa lebih kemas dari jenis liquid tapi adakalanya bila kita tulis menekan sikit, tali tape tu akan bergerak menyebabkan rupanya jadi hodoh. 

Yg lagi satu jenis, jenis rubber. Yang ni aku rasa hasilnya paling tak best sebab usaha pemadaman perlu dibuat bersungguh-sungguh. Bila terlampau bersungguh, habis koyak pulak kertas yang dipadam. Pastu habis serbuk-serbuk pemadam bertebaran kat atas meja dan lantai.

Pen yang aku pakai ni telah mengatasi semua kelemahan yang telah disebutkan di atas (tetiba rasa macam terpengaruh dengan gaya menulis literature review untuk phd plak. Huhuhu....Ooopsss...sesapa tak faham sila abaikan) Best kan? Cuma dakwatnya jenis dakwat basah. Tapi aku tetap puas hati sebab nota-nota yang aku tulis tak ada nampak kesan garis cancel atau rupa 'bold' kerana cubaan pembetulan. Kemas! 

Pemadam pen terletak di salah satu hujung pen. Kita cuma perlu tonyoh kat tulisan yang kita nak padam, macam kita padam guna rubber.

Sebelum

Selepas. Ada la jugak nampak kesan tulisan yang dipadam. Tapi takde le nampak jelas. Kat dalam gambar ni maybe nampak jelas sebab gambar close up. 

Ada nampak kesan padam? Hampir tak nampak kan? Padahal ada beberapa kali kat dalam nota ni aku buat pembetulan. 

Ntah-ntah pen ni dah sangat popular kat Malaysia. Aku je yang tak tau. Maklum le, aku skang ni sibuk ngan dunia aku je. Huhuhu....