Wednesday, May 27, 2015

Pink Roses In The House

Currently our dining room is decorated with a bouquet of pink roses. Beli dari Lidl dengan harga £2 sejambak. Alhamdulillah dah lebih dua minggu tapi masih bertahan elok. 


Monday, May 25, 2015

Bluebells

Sabtu pagi baru-baru ni kami sekeluarga ambik kesempatan buat satu sesi fotografi dengan hamparan bunga bluebells. Sesi fotografi ni adalah satu perkara dari my wish list things to do this year. Bukan tak pernah ambik gambar dengan bunga bluebells sebelum ni. Pernah. Saja nak tambah koleksi our very best moments selama berada di UK n of course paling penting nak nikmati keindahan jutaan bluebells yang hanya muncul sekali dalam setahun. 

Bunga bluebells kat tempat kami gi ni kat Sheffield ni je n masih terpelihara keasliannya which are the real English bluebells. Apa maksud aku asli? Di sesetengah kawasan, english bluebells ni ada yang telah terhibrid dengan species bluebells lain yang membuatkan warna bunga yang telah terhibrid menjadi purple muda. Yang purple muda tu lawa jugak tapi tak terlawan dengan kecantikan English bluebells. Aku ada gambar nak tunjuk contoh jenis hibrid tu tapi kalau sempat n teringat aku buat satu post lain nanti.









Thursday, May 21, 2015

Kuih Akok Mudah dan Sedap

Sebelum datang UK tak pernah terjangkau dalam fikiran yang aku boleh buat kuih akok. Mana taknya, aku membayangkan kalau nak buat kuih akok kena masak pakai dapur kayu dengan bara api kat bahagian atas kuih supaya kuihnya sedap. Lagi pon kat Malaysia semua boleh beli dan memang tak buatlah dengan andaian nak buat kuihnya susah, ditambah lagi dengan takde fasiliti untuk membakar kuih. Rupanya tak pakai dapur kayu pon boleh buat kuih akok sedap. Pakai oven pon boleh n in fact jauh lebih mudah.

Tak perlu pakai acuan tradisional pon. Aku pakai muffin tray. Aku ikut resepi kuih akok dari sini. Sukatan yang diberi dalam resepi tu just nice. Kalau yang biasa aku beli di Malaysia too oily, yang aku buat guna resepi tu kurang sikit kandungan minyaknya. I like it that way!

Ismael n Ielyas excited nak tolong. Aku kasi chance depa sapu minyak kat muffin tray. Oh ye, yang carpet dekat lantai itu bukan lap kaki ye. Itu semua adalah carpet tak ajaib untuk melindungi lantai dapur yang sangatlah sejuk. Tragis sikit carpet kami. Macam-macam saiz dan rupa. Huhuhu....

Aku ratakan sapuan minyak yang dah anak-anak buat.

Tadaa.....Inilah rupa kuih akok aku yang dah siap dimasak

Tuesday, May 19, 2015

Picnic @ Chatsworth

Ahad lepas keluarga besar warga Melayu Darnall telah berkonvoi ke Chatsworth untuk berpicnic. Actually bukan semua famili gi. Tak sampai separuh jumlah famili yang gi tapi suasananya cukup meriah. One of the best picnic experience I've ever had! Oh, kalau kat Malaysia picnic sinonim dengan mandi-manda, kat sini takde maknanya nak mandi-manda. Sejuk beb! Picnic kat sini lebih bermaksud kepada makan-makan, menikmati pemandangan sekitar, sembang-sembang dan jugak masa untuk anak-anak bebas berlari. 

Kami siap bawak scooter sorang satu untuk Ismael n Ielyas so that they'll have ultimate fun. Ismael tengah duduk relax atas kerusi sambil makan sandwich. Alhamdulillah, si dua beradik nampak ok je budak-budak lain pinjam scooter depa dan tumpang main kat ladybird tent depa punya.

Semua orang dalam gambar ni ibu-ibu yang tengah buat PhD except Kak Niza yang dok sebelah baju merah tu. Tapi tak buat PhD pon tetap banyak sumbangan dan pengorbanan untuk suami yang berjuang buat PhD.

Tu dia...cerita beli periuk, sudu dan portmeirion sangatlah gamat. Dua baby yang dok kat situ sampai terkasima. Hahaha...

Ismael n Ielyas seronok main baling bola lekat. Pinjam orang punya tu but we really think they had fun. Inilah antara matlamat utamanya. 

Ismael ngan Ielyas bukan setakat main berdua je. Depa main gak ngan budak-budak lain. 

Bersantai tepi sungai dengan udara segar dan nyaman mengurangkan skit stress masing-masing, baik yang belajar atau yang menjadi sura/surirumah sepenuh masa. 

Jejaka Darnall bergambar kenangan dengan berlatar belakang Chatsworth House. Itu rumah keluarga bangsawan Inggeris yang sangatlah kaya. Bayangkan tempat dengan pemandangan cantik, ada sungai mengalir lesu, biri-biri dan rusa berkeliaran, padang rumput menghijau seluas saujana mata memandang adalah milik depa. Kami dapat berkelah kat situ dengan hanya perlu bayar £3 per car/mpv untuk parking. 

Monday, May 18, 2015

Hamparan Rapeseed

Skang ni bila lalu kat highway atau jalan-jalan kampung kat UK akan kelihatan padang-padang rapeseed terang menguning cantik. Serius aku suka sangat. Untuk pengetahuan rapeseed ni dapat menghasilkan minyak masak, minyak biodiesel dan jugak makanan untuk binatang ternakan. 

Tahun ni mungkin tahun terakhir kami dapat menikmati pemandangan rapeseed. So, this time aku nak abadikan kenangan sesi fotografi kami dengan pemandangan hamparan rapeseed during weekend last two weeks. Sesi fotografi berlangsung cuma sekejap je sebab hero pertama kami tetiba moody ntah kenapa dan terpaksalah kami amik gambar dalam keadaan kalut-kalut. So, foto kat bawah ni adalah antara shot terbaik yang sempat kami captured.






Wednesday, May 6, 2015

Chicken Pox

Sehari selepas Ismael gi school after easter break hari tu dia kena cuti lagi sebab Ismael kena chicken pox. Kiranya hari Isnin Ismael pi school then hari Selasa takleh gi school. Pagi Isnin tu masa aku mandikan dia aku dah perasan ada biji-biji kat badan dia dan aku syak kena chicken pox. Tapi aku tak sure betul ke tak chicken pox sebab dia tak demam. Tapi kami terus buat appointment untuk Ismael jumpa GP untuk pastikan. Oleh kerana appointment kol 8.20 malam, kami gi universiti macam biasa dulu. 

Lepas dapat jumpa GP betullah telahan aku yang Ismael kena chicken pox dan daripada penerangan GP baru aku tahu perbezaan antara chicken pox dengan measles. Kalau orang melayu kampung  (yang pekan dan bandar pon ada jugak. Hehehe....) termasuklah aku ramai yang anggap measles ngan chicken pox tu benda yang sama. Dua-dua dikatakan sebagai kena campak. Tapi sebenarnya measles dia keluar gelembung-gelembung air kat kulit disertai dengan demam. Manakala chicken pox keluar gelembung-gelembung air yang kemudiannya setelah pecah akan meninggalkan kuping hitam. Dalam kebanyakan kes orang yang kena chicken pox takkan demam. So, sebab tu lah Ismael tak demam. 

Rupa bekas gelembung air kat muka Ismael yang dah kering.
 
Gambar kat belakang badan Ismael. Kalau prasan ada satu bekas scratch kat badan dia tu. Rasanya bekas dia garu masa kena chicken pox.

Alhamdulillah Ismael ambik masa tak sampai seminggu untuk baik sepenuhnya dan Isnin berikutnya dia dah boleh gi skolah semula. Masa aku bagitau kat teacher dia yang Ismael tak boleh ke sekolah sebab chicken pox, cikgu dia bagitau aku yang Ismael adalah budak ke-9 kena chicken pox. Ramai rupanya yang kena. Patut le aku nampak tak ramai budak dalam kelas padahal dah nak start kelas.

Oleh kerana Ismael dah kena chicken pox, macam mustahil nak elak Ielyas berjangkit. GP sendiri  bagitau aku. So, lepas tu memang aku dah bersedia mentally. Elok Ismael dah ke school semula, giliran Ielyas plak. Ielyas meragam skit berbanding Ismael. Meragam sebab gatalkan.... Tempoh Ielyas untuk baik lebih kurang sama ngan Ismael, dalam seminggu jugak. 

Rupa dua gelembung air yang belum pecah di antara 2 mata dan kening Ielyas

Kesan chicken pox pada badan Ielyas lebih ketara berbanding Ismael

Alhamdulillah skang ni dua-dua beradik dah ok dah. Parut pon tak banyak sangat. Aku tengah ikhtiarkan nak bagi hilang parut kat badan depa dengan sapu Bio Oil. Tak taulah menjadi ke tak. Tapi mungkin jugak susah nak menjadi sebab aku asyik terlupa je nak sapu. Huhuhu.....

Sunday, May 3, 2015

Geram

Hari ni aku nak luahkan apa aku rasa setelah aku tengok ramai betul keyboard warriors menghentam rakan seuniversiti semalam dan jugak hari ni di FB. Biar aku namakan rakan aku tu Dr A. To be honest aku tak kenal pon sapa Dr A. Tapi oleh kerana orang yang mempertahankan dia somebody yang aku kenal budi pekerti dia, jadi aku tak rasa Dr A yang dia pertahankan tu BODOH lagi BENGAP! 

Ceritanya bermula apabila keluar suratkabar pasal satu kit. Giler ko aku cakap kontroversi sebab dalam satu group golongan cendiakawan telah mengundang beratus komen! Hari ni aku tengok post yang ada beratus komen tu dah di delete. Tak pasti plak sapa yg delete. Tapi masih ada lg yang tak puas hati n buat satu pos baru nak hangatkan benda yang sama. Pon ada beratus komen. Kira kontroversi la kan? Kit apa? Haa....tengok gambar kat bawah ni:


Ok....sekali tengok gambar kat atas tu aku percaya ada di kalangan yang membaca ni akan rasa macam kelakar tambah-tambah bagi orang yang terlalu taksub dengan research berasaskan penjelasan saintifik dan logik akal. Bila tengok harga kit tu lagi rasa macam "BIAR BETUL....." Dan kalau korang google-google plak korang akan rasa la.....isi dalam box yang rupanya macam kotak happy meal tu macam takde sesuatu yang baru pon. Yang lebih menjadi bahan ketawa bila isi dalam box tu ada sepasang chopstick. 

Aku rasa penulis surat kabar tu telah mengeluarkan tajuk berita yang terlalu catchy sehinggakan menampakkan kit tu macam satu kit bodoh. Aku tak tuduh le wartawan tu berniat nak buat camtu tapi sesungguhnya secara tak sengaja dia terbuat macam tu. Memang rasa nak ketawa baca tajuk huruf besar tu terutamnya bagi orang yang tak percaya atau tak berapa nak percaya benda-benda ghaib yang Allah ada sebut dalam al-Quran. 

Cer korang bersangka baik. Cer korang baca ayat yang tertera harga kit tu betul-betul. Harga kit tu merangkumi kursus dan latihan yang kita pon tak tahu berapa banyak masa dan effort diperlukan oleh pihak yang buat kit tu. Ntah latihannya lebih seminggu. Kena la selidik. Cuba le selidik habis-habis berapa lama kursus dan latihannya yang mungkin menjadi penyebab utama kenapa kit tu harganya semahal tu. Kursus dan latihan intensif apa jugak cabang ilmu hari ni rasanya tak banyak yang harganya dua tiga ratus beb....Masa aku zaman sekolah tahun 1998 pon sekolah cari bajet belas ribu oooo nak bayar penceramah kerana kepakaran dia. Itu bayaran nak dengar ceramah satu hari je. 

Kesian Dr A dengan research group dia yang sakan dihentam di media sosial dan merata blog kerana memperkenalkan kit tu tanpa orang yang menghentam dan mengomen tu betul-betul selidik apa yang depa hentam tu. Menurut sorang kawan lain seuniversiti, Dr A bukanlah orang yang caca marba. Dia seorang ustaz dan aku percaya dia tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang betul mana yang salah. 

Tentang jumlah geran penyelidikan yang dikatakan berjumlah hampir RM200K untuk hasilkan kit tu, sekali lagi aku cuba bersangka baik. Entah betul entah tidak itu jumlahnya. Kita takde bukti. So, jangan kita sembang lebih menyalak sana sini. Berdasarkan pengalaman aku yang dok tengok kawan-kawan buat reasearch bila apply grant biasanya jumlah duit grant yang depa dapat bukan semata-mata untuk satu outcome tapi jugak untuk outcome bagi sub-sub projek lain yang berkaitan. Dalam kes kit tu maybe orang nampak RM200K untuk satu kit yang dianggap takde apa-apa (untuk sesetengah orang la...) tapi mungkin sebenarnya untuk buat kajian-kajian lain bagi memperjelaskan perkara-perkara yang sedang dipertikaikan oleh keyboard warriors. Sapa tahu kan?

Maybe korang tertanya-tanya apa faedahnya aku defend Dr A. Aku dengan sukacitanya nak bagitau bahawasanya aku tak dapat apa-apa komisen pon jauh sekali nak dapat kit tu FOC. Salah satu tujuan aku buat post ni untuk mengingatkan diri aku supaya kita kena berbaik sangka dalam hal-hal macam kes Dr A dan kit dia. 

Dan tujuan aku buat post ni jugak sebenarnya untuk meluahkan rasa geram yang tak terhingga bila ada orang seolah-olah menghina universiti aku macam pensyarah di universiti kami buat research takde impact. Hello....orang yang kutuk bukan main tu mostly pensyarah/researcher jugak. Aku percaya yang dok tukang kutuk tu H-index tak tinggi mana pon! Kalau H-index lebih 20 maybe layak la nak bagi komen lebih sikit itu pon sepatutnya dengan cara bijaksana yang selayaknya dengan kredibiliti 'bijaksana' yang ada. Atau kalau research gempak sampai NASA pakai untuk kemaslahatan umat manusia kira layak la jugak nak komen lebih-lebih. Ini setakat research cukup-cukup makan atau syok sendiri dan setakat dapat citation tinggi sebab contribution to knowledge yang tak seberapa, baik diam-diam je lah. 


Tahu tak sapa antara yang mempopularkan kit Dr A sampai menjadi bahan ketawa ramai orang? Mesti kawan-kawan seuniversiti dengan aku terkejut kalau aku sebut sapa. Tak payahlah aku sebut sapa sebab nanti orang yang pro kat orang tu kecam aku plak. Tapi orang tu memang kalau aku sebut satu Malaya kenal lah n ada pengaruh. Aku cuma nak tunjuk apa yang tertulis di wall FB dia. Tak pasti dia yang tulis sendiri atau orang lain yang tulis dan dia hanya copy paste je. Tapi aku rasa most probably korang setuju kalau aku kata bila kita tak suka/tak agree sesuatu yang ditulis atau diperkatakan kita takkan share atau letak di wall kita. Ye tak? Dah share tu satu hal, membuka jalan kepada orang mempersendakan agama sendiri tu yang tak tahan sampai Ca Ya Nun Alif ramai yang ketawa. Ca Ya Nun Alif tu lantak pi la nak ketawa sebab sapa belajar agama tentu tau iblis dan jin biasanya tak minat ngan depa sebab depa kan konpem masuk api besar. Ni yang belum tentu nak masuk peti ais atau kawah menggelegak pon nak join ketawa sekali siap suruh buktikan kewujudan jin secara saintifik. Lu apa hal? Sekali kena dengan sorang pembidas bijak tanya balik: adakah miss X boleh membuktikan kewujudan tuhan secara saintifik, sengap plak. Ambik kau kena sedebuk! Huhuhu....Nak sangat kot tengok rupa jin n iblis tu macam mana. Jangan la terlalu angkuh bila bercakap. Takut nanti terkencing dalam seluar dan tak tak cukup tanah nak lari kalau Allah takdirkan dapat tengok jin atau iblis.


Sangatlah sedih bila nama universiti aku diperkecilkan. Sedih jugak bila kita sentiasa menjadikan ranking sebagai kayu pengukur kejayaan universiti. Korang setuju tak kalau aku kata Universiti al-Azhar tu universiti yang hebat tapi setahu aku tak pernah pon tersenarai dalam top 100 universities? So, adakah kerana dia tak tersenarai dalam top 100 korang nak kata dia tak bagus? Salahkah Dr A cuba memberi sumbangan kepada masyarakat Islam tempatan khususnya dengan menghasilkan kit A? Ada orang rasa Dr A macam cuba kaut keuntungan je bila tengok harga kit tu. Dia jual kepakaran dia dalam bidang yang dia mahir tapi ramai yang kata dia menjual agama. Dah habis tu depa ingat ustaz-ustaz yang dok bagi ceramah pong pang pong pang ke sana ke mari dari utara ke selatan, dari timur ke barat tu takde anak bini, takde kehidupan? Oooo asal benda agama tak boleh nak jual. Hanya boleh jual dalam bentuk buku je ke? Nak free.....aje kalau bab agama. Dia anggap itu perlu jadi kerja amal tanpa bayaran. Marah tak kalau korang dah buat produk komersial then orang nak free je produk tu? Come on....tipu la kalau korang kata dengan gembira nak bagi free. Aku agak la, orang yang komen Dr A menjual agama tanpa usul periksa tu orang yang berkira dalam hal agama tapi hantar anak main piano, belajar renang pakai ketat sendat keluar modal ribu-ribu pon takde masalah. Huhuhu.....


Tukang komen pertama dalam gambar ni marah bila orang kata dia kondem research orang. Tapi hakikatnya aku rasa budak sekolah pon boleh nilai sama ada dia dan keyboard warrior yang lain tu tu dok komen ke atau condemn. Yang tukang komen nombor dua nampaknya lebih suka main seluk-seluk dalam kain untuk rawatan. Huhuhu.....

Sama ada kita sedar atau tak, sekarang ni ramai orang mengata, menyebar fitnah, menjatuhkan hukuman, membuka aib orang dengan sewenang-wenangnya di media sosial tanpa kita usul periksa, tanpa kita pasti, tanpa kita fikir kesannya pada orang lain yang tak bersalah (mak ayah dan famili orang) dan yang paling tak boleh blah tanpa kita cermin diri sendiri yang tak sempurna pon sebenarnya. 

Just to express what i feel. Geram!!! Grrr.....Jangan kutuk universiti orang ok!