Wednesday, September 23, 2015

Si Liar Menawan

Sementara tunggu tram sampai untuk ke unuversiti pagi tadi aku berkeliaran jap kat kawasan sekitar tram stop di Attercliffe. Aku ambik gambar bunga-bunga liar yang ada untuk diabadikan kat sini sebagai kenang-kenangan. Oleh kerana cuaca pada musim luruh kali ni tak sesejuk musim luruh yang dah kami lalui sebelum ni maka masih lagi kelihatan bunga-bunga liar musim panas di serata tempat.








Friday, September 18, 2015

Kembali ke Sekolah Sesi Akhir

3 September lepas Ismael kembali ke sekolah selepas summer holiday lebih sebulan. Kami ingatkan Ielyas pon mula sekolah sekali rupanya nursery dia mula lambat skit, 8 September, sebab memberi laluan kepada budak-budak baru masuk nursery membiasakan diri dan jugak supaya cikgu boleh concentrate pada depa untuk 2 hari pertama sekolah. Pihak nursery ada bagi surat pemberitahuan before school break rupanya tapi aku x sedar pon. Entah aku baca ke tak sebenarnya surat tu. 

Sesi baru kali ni adalah sesi persekolahan terakhir untuk Ismael dan Ielyas sebelum kami balik ke Malaysia tahun depan, InsyaAllah. Tahun ni Ismael masuk Year 1, tahun persekolahan yang aku kira lebih memberi tumpuan kepada pembelajaran formal berbanding Foundation Stage/Reception. Main-main tu masih tetap ada tapi belajar 3M tu dah semakin banyak.

Tahun ni kami takde beli baju/kasut sekolah baru untuk Ismael sebab yang tahun lepas masih elok lagi. Hari pertama persekolahan takde apa-apa masalah untuk Ismael sebab ramai kawan sekelas dia tahun lepas masih duduk sekelas dengan dia. Cikgu kelas dia pon dia dah kenal sebelum summer holiday aritu sebab ada sesi suai kenal dengan cikgu dan kelas baru telah dibuat beberapa minggu sebelum sesi persekolahan yang lepas berakhir. Ismael siap ingat dah nama teacher dia, Miss Bell, sejak sebelum school break lagi. 

Kesian kat Ielyas sebab member bersemangat nak ke sekolah. Tup-tup kena balik semula ke rumah. Apa lagi....2 hari pertama tanpa Ismael memang Ielyas nampak serba tak kena walau pon bila dok sama-sama selalu ada saja benda nak gaduh. Huhuhu.....  

Ismael breakfast dulu sementara Ielyas bersiap

Giliran Ielyas plak breakfast. Masa ni kami tak tau yang nursery Ielyas blom mula lagi. Jadi aku siapkan dia macam biasa.

Sedia untuk ke sekolah. Tengah tunggu papa n mama plak bersiap. Papa n mama pon kena ke sekolah (universiti) jugak.

Thursday, September 17, 2015

Octopus Project

Last two weeks kami ke carboot sale di Doncaster dan aku terjumpa la satu buku kraf tangan untuk preschool children. Buku tu based on satu rancangan popular kanak-kanak di UK, Mr Maker. Ismael ngan Ielyas layan jugak la rancangan tu. Masa nak beli tu aku teragak-agak jugak sebenarnya sama ada nak beli ke tak sebab harganya 50 pence padahal murah sangat dah tu sebenarnya kalau ambik kira harga asalnya, keadaan buku, tahun terbitan dan populariti rancangan Mr Maker. Aku agak berkira masa tu memandangkan keadaan kewangan terkini kami yang tak berapa nak best. Lepas aku belek-belek, selak helaian buku tu sana sini akhirnya aku decide untuk beli jugak. 


Lepas balik dari carboot Ismael dan Ielyas pon macam biasa akan belek apa yang aku beli. Biasanya depa tak tau apa aku beli masa di carboot sebab depa tak jalan sekali ngan aku. Well, anak papa....depa biasanya akan dapat toys kalau ikut papa dia. Kalau ikut aku susah nak dapat toys. Kalau aku jalan sekali ngan depa 3 beranak pon susah jugak nak dapat toys sebab aku akan pangkah apa yang depa nak beli. Huhuhu..... So, kami biasa tak jalan sekali supaya depa boleh enjoy gi carboot kerana itulah antara matlamatnya. Berbalik kepada cerita buku Mr Maker tu, depa dua beradik rupanya seronok betul dengan buku tu. Sejak aku beli tu, hari-hari si dua beradik tu dok belek. Depa berangan rupanya nak cuba buat itu dan ini. 

Bila aku tengok depa berminat sungguh nak cuba art craft dalam buku tu tetiba aku terfikir untuk beli craft materials n bagi depa peluang untuk mencuba. So, hari Sabtu lepas kami ke The Range beli bahan dan kelengkapan yang diperlukan. Actually niat asal nak ke Hobby craft, selang beberapa buah kedai je dari The Range but then terfikir maybe kat The Range ada jual craft materials jugak. Hobby Craft melalui pemerhatian kasar aku barang dia mahal skit tapi memang heaven la dengan segala macam tok nenek jual barangan craft sebab itu specialty dia. Masuk dalam The Range kami terus ke section art n craft. Kat situ rupanya tak kurang hebat ada macam-macam jugak jual. Dan akhirnya kami balik rumah dengan barang-barang seperti ditunjukkan dalam gambar kat bawah.


Kami beli sekali craft storage boxes ni 

Ismael ngan Ielyas bukan main suka masa kami pilih-pilih barang kat The Range. Lepas selesai membeli dan masuk dalam kereta, depa kalau boleh nak terus balik n nak mula cuba jadi Mr Maker. Tapi kami bagitau kat depa hari Ahad (esoknya) baru nak cuba sebab hari tu kami ada plan lain dulu.

Malam sabtu tu sibuk la si dua beradik dok sebut-sebut nak jadi Mr Maker. Bangun tido esoknya pagi-pagi lagi dah tanya bila depa boleh jadi Mr Maker tatkala aku masih blom pon sempat nak gosok gigi. Huhuhu.....Lepas dah sarapan n lipat baju barulah aku benarkan depa jadi Mr Maker. For the first time kami buat octopus, ikut pilihan Ismael. They were so excited! Hehehe..... Aku tetap kena buat banyak benda tapi part gunting-gunting n tampal-tampal tu aku biar depa buat sendiri. Aku cuma assist mana yang perlu. Maybe hasil kerja depa nampak tak sempurna tapi aku rasa ketidaksempurnaan tu membuatkan hasil craft depa nampak kiut. Baru la nampak hasil kerja budak-budak yang sebenar kan?

Sebelum mula jadi Mr Maker aku ajar depa simpan tiny craft materials dalam craft boxes dulu

For the first time we tried this bubble wrap octopus

Ielyas kusyuk menggunting bubble wrap untuk buat octopus tentacles.

Ismael tengah buat badan octopus

Yeay! Dah siap!

Lepas siap depa cakap depa nak try buat yang lain plak. Tapi aku dah tak layan dah. Hahaha....Saja nak simpan rasa seronok tu untuk lain kali plak. 

Wednesday, September 16, 2015

Autumn Is Here

Suasana Autumn dah semakin ketara. Suhu dah makin sejuk, hujan semakin kerap. Tak berapa best....Tapi yang best bila ada sesetengah pokok daunnya dah mula berubah warna daripada hijau kepada kuning atau jingga kemerahan. Subhanallah, sungguh indah ciptaan Allah.

Ini kat belakang salah satu bangunan department aku. Tahun ni adalah kali ke-4 kami malalui autumn, petanda dah tak lama kami akan pulang ke tanah air. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat berjuang. Sedihnya.....sob...sob....

Tuesday, September 15, 2015

Lidl Bakery

Rumah kami tak jauh dari pasaraya Lidl. Pasaraya dia taklah besar sangat tapi barang-barang yang dijual kat situ rata-rata banyak yang lebih murah daripada pasaraya besar macam Tesco, Asda atau Morisson. Cuma barang yang dijual tu kepelbagaian dia terhad la sebab saiz supermarketnya yang kecik. 

Antara section yg paling kami laki bini suka di Lidl adalah bahagian bakery dia. Kalau gi Lidl waktu pagi terutama masa supermarket baru bukak kita akan disambut oleh bau roti harum semerbak sebaik saja kaki melangkah masuk. Bukan setakat bau saja yang sedap, rasa roti dia pon sedap. Murah pulak tu. Sebilangan jenis roti kat situ kalau darab duit Malaysia pon masih murah lagi.

Kami tau bila kami balik malaysia nanti antara perkara yang kami mesti rindu adalah Lidl bakery.