Tuesday, September 6, 2016

Home Makeover Part 3 - Kitchen

Dapur adalah ruang yang paling aku nantikan untuk makeover. Teringat dulu betapa jelesnya aku bila ke rumah kawan-kawan dan jiran-jiran tengok depa ada kitchen cabinet yang cantik-cantik. Tapi aku pendamkan saja keinginan untuk menghias dapur beria sebab masa tu takde bajet yang secukupnya nak wujudkan dapur idaman aku. So, survive le kami dengan dapur seadanya sampaikan sinki yang disediakan pemaju pon kami tak tukar. Sinki tu sampai bengkoklah di tengahnya masa kali terakhir guna hari tu. Kabinet dapur pulak kami guna yang jenis ready made, beli kat kedai perabot masa awal-awal berpindah ke rumah yang kami duduk sekarang ni. Masa tu kami beli harga untuk dua kabinet dalam RM500 je, satu untuk letak perkakasan dapur dan satu untuk letak dapur gas. Bertahanlah kami dengan apa yang ada sejak masuk rumah kami yang masa tu baru lagi, since August 2009.

Before balik dari UK, aku dah pasang angan-angan nak makeover dapur kami. Tapi perjalanannya tak mudah juga, maybe sebab aku ni agak cerewet dan agak detail dalam banyak benda. Lepas 3 syarikat pasang kitchen cabinet (KC) dihubungi dan bagi quotation barulah aku finalized yang mana aku nak. Hajat di hati nak le brand Signature Kitchen tapi sebab tau harganya melangkaui bajet kami jadinya aku compromise dengan satu syarikat bumiputera. Syarikat yang kami deal tu based on recommendation dari dua orang kawan aku dan jugak berdasarkan reputation dia dengan ramai staf universiti tempat kami bekerja. Mahal sikit quotation dia tapi hasil akhir kerjanya kami laki bini puas hati. Bukan tu saja, consultation yang diberi jugak detail, siap boleh tengok real material untuk KC masa nak buat pilihan dan kita jugak akan diberitahu pros n cons setiap material. Lepas KC dah siap pasang, KC telah dibersihkan terlebih dahulu. Kira pekerja syarikat tu diarahkan untuk serah KC dalam siap sedia untuk dipakai, macam yang telah diberitahu oleh kawan aku. Tapi aku bersihkan jugak sekali lagi sebab nak bersih optimum. Huhuhu.....

So, jom aku belanja pemandangan baru ruang dapur rumah kami. Berapa ribu abis jangan tanya. Tapi aku jangkakan estimation korang akan melebihi dari harga sebenar. Ye ke??? Cer teka. Hehehe..... 

Sudut pandang 1 - Sebelum. Ini masa KC installation in progress. Yang korang nampak kabinet ada kat atas dia tu dish drainer (sebelah kanan) n satu lagu yang ada dapur gas, itulah dua kabinet yang kami guna selama ni.

Sudut pandang 1 - Selepas

Sudut pandang 2 - Sebelum. Ini gambar tahun 2011

Sudut pandang 2 - Sebelum

Sudut pandang 2 - Selepas

Built in microwave tu sebenarnya bukan dalam perancangan nak beli tapi kebetulan portable microwave kami rosak jadi dah terlanjur nak makeover dapur ni kami beli yang jenis built in. Oven aku beli baru bawak balik dari UK. Oven kat UK ada banyak pilihan canggih manggih dan murah berbanding harga di Malaysia (specifically di Kuantan).


Sudut pandang 3 - Sebelum. Ini gambar tahun 2010

Sudut pandang 3 - Selepas. Bukan kami ada dua peti ais. Sebelah kiri tu fridge freezer yang kami beli masa baru lepas kawin dulu. Dah nak dekat 10 tahun usianya tapi syukur Alhamdulillah masih nampak elok dan befungsi sepenuhnya. Terima kasih kepada penyewa kami yang menjaga peti sejuk tu dengan baik. Yang sebelah kanan tu pulak freezer yang kami beli dan guna masa di UK. 

Removable island kitchen yang kami beli dari Ikea


Aksesori penambah seri. Awww! Pembelian mengada-ngada. Huhuhu....Bekas rempah-ratus boleh pusing tu aku beli murah-murah je kat carboot sale.

6 comments:

monstorious wife said...

Cantiknya Kitchen....!
Btw, thanks ye bgtau pasal shipping company aritu. Kami dah email diorg, memang plg murah compare company lain. Terbaikkkk!!

Naflyna said...

Ur welcome. Alhamdulillah info bermanfaat 😊

♦ nisa ♦ said...

Cantiknya kak lyn..Nisa suka sgt warna putih and design mcmni..mmg berangan kalau balik malaysia nak buat gini juga...senang takde kelok kelok..plain je..kalau berlekok sana sini mudah lekat habuk

Naflyna said...

Yesszaa...sama la kita. kak lyn pon like yang takde lekuk-lekuk. Jangan lupa beli aksesori/kelengkapan dapur/rumah yang comei2 kat sana yang awak suka, takde dan mahal kat msia. Kak lyn ms dok sana beli sikit2 apa yang berkenan n nak pakai. Habis ku beli langsir, cadar, periuk, cushion cover dan segala bagai. Huhuhu...Kak lyn menyesal tak beli aksesori perhiasan rumah bersungguh skit. UK kan banyak pilihan dan murah2. Kat carboot sale lg la murah. Dah balik Malaysia baru la blajar nak deko2 pastu rs menyesal tak beli. Ishhh....tak baik ajar awak menghabiskan duit. Huhuhu...

Anonymous said...

SALAM BOLEH TAU COMPANY MANA BUAT? NAK BUAT DEKAT RUMAH JUGAK

Naflyna said...

Saya dah lupa nama company nya. Dulu pejabatnya di belakang Kolej Giat Mara, opposite KUIPSAS. Tapi sy gi semalam office dia dah takde di situ. Tapi boleh try tepon/whatsapp tanya kot2 depa dah pindah. En Zam: 0169215899