Monday, September 26, 2016

Mempelam

Insyaallah, ada rezeki kami tahun ni dapat merasa buah mempelam yang ditanam di laman rumah kami. Pokoknya kecik je. Masa baru balik dari UK aritu dah ada berbuah tapi tak banyak. Dari jumlah buah yang tak banyak tu kalau tak silap ada dua biji dapat merasa. Yang lain putiknya jatuh dan ada jugak Ielyas petik (masa tu dia punya curiosity dan perak dia tinggi sebab tak pernah tengok kan. Aku hangin jugak la. Huhuhu). Buahnya sedap. Mempelam nama cokenan kata orang nursery kat mana kami beli benihnya. Pastu pokok mempelam tu berbunga lagi. This time kira lebatlah jugak bunganya, Aku yang tengah dalam pantang tak perasan pon pokok tu dah berbuah lebat dan besar-besar jugak.

Ini le pokoknya. Kecik je. Buah yang dah besar tak nampak sangat dalam gambar ni sebab tersorok. 

Ada yang tengah berputik. Yang nampak pokok kat seberang jalan tu pon pokok pelam kami. Rendang cantik pokoknya tapi tahun ni takde buah. 

Ha...tu dia. Syok tengok buahnya berjuntai elok.

Siap ada yang bertenggek atas pagar

Buah pertama yang dapat kami rasa setelah balik dari UK. Ini masa bulan Julai lepas. Yummy....

Sepanjang kami dok UK, buahnya jadi rezeki penyewa rumah kami (rezeki pencuri jugak. Huhuhu....). Actually before kami gi UK pon pokoknya ada ada berbuah beberapa kali tapi taklah selebat kali ni. Yang frust nya, dulu asal berbuah je mesti ada yang curi walaupon kami balut elok. Grrrr.....Harapnya this time kami boleh menikmati sepuas-puasnya.

No comments: