Tuesday, October 11, 2016

Mak dan Abah Melawat Cucu

4 Oktober yang lepas parents aku datang ke rumah kami untuk ziarah cucu-cucu depa terutamanya cucu baru. Aku sebenarnya tak kisah pon kalau depa tak datang ziarah sebab aku tau depa berdua tak sesihat dulu-dulu. Abah aku dia ada penyakit lemah jantung dan sentiasa berjaga-jaga dari diserang batu karang. Mak aku pulak ada kencing manis sampai tahap perlu cucuk insulin sendiri dua kali sehari. Makan depa sangat berpantang. 

Malangnya perjalanan mak ngan abah nak datang rumah kami penuh berliku. Depa ingatkan boleh datang naik bas direct Kamunting-Kuantan tapi tiket bas Kamunting-Kuantan sold out jadinya depa naik bas Kamunting-Ipoh dengan harapan boleh dapat naik bas Ipoh-Kuantan. Sampai Ipoh tiket bas Ipoh-Kuantan pon takde jugak. Jadinya depa naik bas Ipoh-KL dulu. Sampai KL depa dah keletihan jadinya depa ambik keputusan untuk bermalam di rumah adik perempuan aku di KL. Esoknya baru depa bertolak ke Kuantan. Malang sekali lagi kat tengah jalan bas pulak rosak di plaza tol Gombak. Sejam lebih jugak depa tunggu bas dibaiki. Mujur bas rosak di plaza tol yang ada tandas dan gerai jual makanan. Kesian sangat kat depa sebab terpaksa naik bas turun bas. Dah la tu, siap bawak rambutan ngan cempedak lagi dari kampung. Rambutan ada le dalam setengah baldi n cempedak dalam 4 bijik. Apa pun syukur Alhamdulillah akhirnya depa selamat jugak sampai ke rumah kami.

Mak nampak letih masa sampai Terminal Bersepadu Selatan KL. Sayu sangat tengok gambar ni. 

Sepanjang 5 hari 4 malam depa berada di Kuantan aku tak ke universiti. Lunch aku sengaja tak masak sebab nak bawak abah ngan mak cuba tempat2 makan best di Kuantan. Lagi pon payah bebenor nak masak dengan baby Iedris yang tido sekejap2 masa siang hari. 

Aku bawak mak ngan abah cuba makan kat sini, di Tanjung Lumpur. Restoren Mabiq ni tersenarai dalam The Vocket antara 10 tempat makan paling best di Kuantan. 

Bawak mak n abah ke satu restoren yang famous jugak di area Permatang Badak. Aku anggarkan kat sini ada lebih 30 jenis lauk. Sedap sangat tapi harga pon sedap la. Huhuhu....Mak n abah pilih patin pais tempoyak (makanan tradisi orang Pahang) sebab sehari sebelumnya depa suka sangat masa cuba di Restoren Mabiq.

Ini masa bawak mak n abah gi makan di The Manhattan Fish Market

Aku perhatikan mak ngan abah agak banyak luangkan masa tido maybe sebab keadaan kesihatan depa. Abah aku kadang-kadang nampak terhenti jalan dia sambil pegang dada menahan sakit. Terharu dan sayu sangat tengok bila mengenangkan gigihnya depa datang nak tengok cucu. 

Hasben bawak abah gi UMP masa dia kena jaga exam waktu malam.

Abah melawat sekali pejabat aku. Abah buat gaya professor. Hehehe...

Depa cadang nak balik Kamunting naik bas jugak. Tapi bila memikirkan keadaan kesihatan depa terutamanya abah yang x boleh tahan buang air kecil (kalau dia tahan akan jadi penyakit batu karang), kami decide untuk hantar depa ke KL dan dari KL depa boleh naik keretapi ETS. Kalau naik ETS tak risau sangat sebab kalau nak ke tandas boleh gi anytime n kalau depa lenguh2 boleh jalan2 dalam keretapi. Kebetulan hari depa nak balik tu Sabtu jadinya encik suami tak payah la apply cuti. Kami hantar depa ke rumah adik aku di KL dan esok paginya baru depa balik ke Kamunting. Alhamdulillah depa selamat sampai rumah hari Ahad petang.

Semoga Allah ampunkan segala dosa mak n abah, panjangkan umur depa dan dikurniakan kesihatan yang baik. Amin. 

No comments: