Thursday, December 22, 2016

Kenduri Akikah Untuk Iedris

10-15 Disember lepas kami balik kampung dengan beberapa tujuan. Jangan kata aku tak sibuk. Aku sangatlah sibuk tapi sebab ada keperluan untuk balik kampung kenalah balik. Tujuan utama yang pertama sebab nak buat kenduri akikah Iedris. Tujuan kedua menyelesaikan urusan peribadi hasben bersama keluarga dia yang dah lama dirancang. Yang ketiga tentunya sebab nak ziarah mak abah di kampung Sik dan Taiping. 9 haribulan, hari Jumaat malam kami bertolak balik Kuantan-Sik. Petang Jumaat tu aku buat kelas lewat petang sebab menghabiskan lecture untuk semester ni. Tu yang bertolak waktu malam. Actually aku buat kelas ganti sebab nak bercuti. Malangnya ramai student tak datang. Tapi takpelah sebab aku dah tunaikan tanggungjawab aku dan masa untuk kelas ganti yang dipilih tu adalaah hasil persetujuan bersama dengan student. 

Nyaris-nyaris aku rasa tak nak balik sebab bad mood dengan masalah PhD yang tetiba menyendat pemikiran aku sebelum aku gi lecture kelas ganti tu. Lepas habis lecture fikiran aku tambah serabut mengenangkan macam mana le aku nak overcome masalah aku.  Dah le letih dengan kerja sampai lewat petang. Tapi mengenangkan macam tak patut sangat hanya hasben ngan anak-anak je balik dengan kenduri akikah Iedris dah siap tempahan semuanya, last-last aku ikut balik jugak. Lagi pon takkan hasben aku nak urus anak-anak sendiri dengan Iedris yang masih baby. Balik lah aku ke kampung malam tu dengan cuba buat-buat lupa masalah yang ada.

Terima kasih yang tak terhingga kat mak mertua aku dan Kak Cik (kakak ipar) yang banyak membantu menjayakan kenduri akikah untuk Iedris pada tengah hari 12 Disember. Kendurinya kami buat simple je. Takde buai-buai dengan deko bunga atau props dan takde sedia goodie bag apa-apa pon untuk tetamu. Tak sempat nak fikir semua tu. Buat yang wajib je. Lagi pon untuk Ielyas n Ismael dulu pon tak buat grand. Jadinya tak adil le aku rasa kalau buat grand untuk Iedris.  Baju Iedris pon aku takde beli yang special. Pakai apa yang ada je. Dalam tak grand pon Alhamdulillah, syukur sangat catering yang mak mertua aku carikan sedap hidangannya. Tetamu yang datang aku kira sepatutnya puaslah makan hidangan gulai kambing dua ekor dimasak dengan batang pisang (gulai batang pisang adalah hidangan istimewa kenduri kendara di Sik dan Baling), ayam masak kicap, ikan pekasam, ikan kering goreng beserta ulam-ulaman kampung n sambal belacan. Hari tu saja aku sendiri makan nasik 3 kali ulang. Stress sangat gamaknya. Huhuhu.....

Kak Cik tengah masak bubur kacang hijau sebagai dessert untuk tetamu.

Iedris yang diraikan.

Khemah kenduri untuk tetamu lelaki.

Hidangan buffet dah ready untuk tetamu. Cei....muka nampak macam takde masalah je.  Dalam hati hanya Allah saja yang tahu.

Image may contain: 5 people, people smiling, people sitting
Bergambar kenangan dengan mak mertua sebelum majlis kemuncak bermula.

Antara tetamu yang datang.

Terima kasih sangat kepada semua tetamu yang hadir kenduri. 

No comments: