Monday, August 15, 2016

Bilis Ciput, Keropok Ikan Hilang

Selepas balik ke Malaysia kami perhatikan banyak gerai menjual pelbagai makanan dan minuman, pagi dan petang bahkan malam pon ada di merata tempat di kawasan perumahan kami tinggal terutamanya sepanjang jalan masuk utama. Kalau pagi standard la ada jual nasi lemak, nasi minyak, mee goreng, bihun goreng, kuih-muih dan macam-macam lagi. Petang-petang ada jual goreng pisang biasa or with cheese, teh ais kaw, nasi kerabu, kuih-muih, keropok lekor dan macam-macam lagi lah dari yang jenis biasa hinggalah ke luar biasa.

Kepelbagaian tu dah best dah. Yang tak bestnya, yang jual nasi lemak tu kebanyakannya kedekut bebenor nak letak ikan bilis. Aku kalau nasi lemak takde ikan bilis (aku prefer ikan bilis goreng) aku tak rasa nasi lemak tu complete. Biasanya depa letak 4-5 urat bilis je. Memang sadis! Yang lagi parah, masa tengah bungkus nasi lemak depan kita tu kalau dia letak ikan bilis terlebih sikit, siap kutip ambik balik dari bungkusan! Adoi, kedekut giler! Nak kata kalau letak ikan bilis lebih sikit akan jadi tak untung, ada je satu gerai ni aku jumpa yang kira generous ikan bilisnya. Suami aku kata, itu meniaga macam nak pi haji esok. Huhuhu. Dan aku memang pangkah semua nasi lemak dari gerai yang kedekut ikan bilis tu. Aku akan pangkah banyak-banyak kalau nasi lemak tu kedekut ikan bilis dan nasi lemaknya pon tak sedap tara mana.

Cer kira berapa urat ikan bilis yang koreng boleh nampak. Sikit sangat. Dah le sikit, kecik pulak. Ini nasi lemak yang suami aku makan baru-baru ni di satu kedai di bypass menghala ke Indera Mahkota/Terengganu. 

Lagi satu yang tak best, bila part beli nasi kerabu, takde keropok ikan. Yang peliknya, Pahang ni negeri Pantai Timur, punyalah sinonim dengan keropok ikan. Aku beli nasi kerabu kat Taiping yang dok dalam negeri Perak pon ada letak keropok ikan. Memang sangat frust bila makan nasi kerabu takde keropok ikan. Jadinya bila aku nak beli nasi kerabu aku akan tengok ada letak keropok sekali tak. Kalau takde memang baisanya aku tak jadi beli kecuali teringin sangat. 

Ikan bilis ciput dalam nasi lemak dan keropok ikan hilang dari nasi kerabu ni bukan saja yang dijual di kawasan perumahan kami malah aku perhatikan di merata-rata gerai dan kedai makan yang kami pernah cuba di Kuantan ni. Tak payah le bagitau aku suh masak sendiri. Kang sapa yang nak jadi pembeli ye tak? Hehehe.....

Nota kaki:
Yang aku tak pangkah yang bagi free je. Hehehe.....

Friday, August 12, 2016

Home Makeover Part 1 - Bilik Ismael n Ielyas

Untuk post kali ni aku nak simpan kenangan n share usaha kami laki bini makeover bilik anak kami, Ismael n Ielyas. Tapi gambar sebelum aku hanya sempat snap selepas bilik dah siap dicat baru. Patutnya snap gambar masa sebelum cat. 

Sudut pandang 1 - Sebelum

Sudut pandang 1 - Selepas

Tak semua benda yang kelihatan dalam gambar situasi selepas tu kami beli baru. Ada yang kami memang dah beli dan guna sebelum ke UK (storage box Ikea kaler pink n white), ada yang kami beli di carboot sale di UK dengan harga yang sangat murah (most mainan yang ada, langsir, bedsheet), ada yang beli 2nd hand di eBay UK (almari mainan berpintu bawah dalam gambar kat atas, tilam), dapat hadiah (toys and learning materials) dan ada jugak yang kami beli untuk kegunaan semasa di UK lagi (almari mainan berpintu bawah, bedside table Ikea, permaidani, bedsheets dan duvet). Kalau nak beli serba baru semua memang kami tak mampu. Benda besar yang kami beli brand new bawak balik dari UK ialah bunk bed, toy box dan kerusi budak kaler kuning je. Benda besar yang kami beli brand new di Malaysia lepas balik dari UK ialah almari baju, red shelving unit dan  storage frame untuk pink n white storage boxes yang telah sedia ada. Itu pon setelah dibuat research masa di UK, lebih berbaloi beli di Maa


Sudut pandang 2 - Sebelum

Sudut pandang 2 - Selepas

Sudut pandang 2 - Selepas

Bilik anak kami ni memang kecik je. Jadi memang kami cuba makeover dengan susun atur yang memanfaatkan ruang yang ada sebaik mungkin. Di kawasan permaidani dalam bilik depa tu kiranya aku make sure kosong tanpa perabot dan barang yang membolehkan depa main, solat atau buat aktiviti bersama kat situ. Selain tu aku make sure mainan yang depa suka dan kerap main disimpan di tempat yang paling mudah depa nak capai. 

Thursday, August 11, 2016

Shopping @ Ikea

Semenjak pulang ke Malaysia dan MPV kami sampai ke tangan dari UK, Ikea telah menjadi destinasi persinggahan kami setiap kali pulang dari kampung. Mana taknya, kami perlukan perabot serta kelengkapan rumah yang functional untuk storage dan pada masa yang sama sedap mata memandang. 

Oleh kerana kami target sebelum aku bersalin kami dah siap unpack dan kemas semua barang yang dibawa balik dari UK, kami memang bekerja keras untuk itu terutamanya waktu hujung minggu. Selama kami berumahtangga kami tak pernah beria renovate atau makeover rumah walaupon ada le jugak rasa teringin bila tengok rumah kawan-kawan dan jiran-jiran nampak selesa, luas dan dihias cantik. Dengan kekangan bajet yang ada tak seberapa dan tak suka berhutang dan jugak kami lebih kisah dengan perancangan nak pergi sambung belajar, kami pendamkan saja rasa teringin tu sebelum ni. Menghias la jugak tapi hias seadanya je lah dengan konsep hiasan caca marba.

Bila dah balik dari sambung belajar, semangat nak renovate rumah tu dah ada. Tapi aku pulak malas nak menambah serabut di kepala aku sebab PhD aku blom settle lagi. So, sebagai alternatif kami ambik pendekatan menggunakan ruang yang ada dan makeover rumah je supaya nampak selesa dan sejahtera. 

Khamis minggu lepas kami laki bini purposely ambik cuti ke Ikea Damansara buat kali terkahir sebelum aku bersalin. Kalau gi lepas bersalin rasa tak kuasa plak nak heret baby ke Ikea untuk shopping barang besar-besar dan banyak. Sape nak tolong tolak troli? Sebenarnya cuak jugak nak ke sana tatkala aku tengah mengandung nak masuk 38 minggu. Huhuhu.....Memang gigih. Tapi demi tak mau rasa rimas dengan keadaan rumah masa dalam pantang nanti (kang takut meroyan plak tengok rumah semak. Hahaha...), aku redah je lah. Aku bawak siap-siap beg persediaan ke hospital in case terberanak dalam perjalanan. Huhuhu.... 

Barang-barang yang telah dibeli

Tiga troli kami bawak turun. Huhuhu....

Pembelian kami di Ikea kali ni agak besar. Tapi bajet kami telah dibantu dengan Ikea gift cards bernilai RM400 yang ditebus melalui Maybank Reward points dan jugak Ikea Family Voucher bernilai RM70 hasil point terkumpul shopping di Ikea sebelum-sebelum ni. Kira banyak jugaklah penjimatan yang kami dapat. 

Arah tujuan utama kami memang Ikea dan kebetulan dah janji nak beli birthday present special untuk Ismael kami gi sekali ToysRUs dalam Ikano Power Centre (IPC), sebelah je dangan Ikea. Lepas selesai membeli dan makan di satu restoren mamak kat dalam IPC tu kami terus balik ke rumah. Alhamdulillah misi tercapai. 

Sebelum balik pekena lunch kat gerai mamak dalam IPC. Kalau ikut standard harga kedai mamak, hidangan macam ni plus air teh o ais limau dengan harga RM10.50 aku kira not bad. Sedap pon sedap. 

Nota kaki:
Boleh je beli melalui personal shopper. Tapi bila dicongak-congak jauh lebih untung dan puas hati pergi beli sendiri bila kita nak beli barang dengan total harga yang besar. Aku pernah try tanya dari satu personal shopper kalau nak beli satu almari ni harga kos upah yang dia kenakan RM230! Itu belum masuk barang lain lagi. Maybe kami pon boleh jadi personal shopper next time kalau untung banyak itu macam. Huhuhu.....

Wednesday, August 10, 2016

Aidilfitri 2016

Setelah tiga kali sambut aidilfitri di perantauan, akhirnya tahun ni dapatlah kami berhari raya di tanah air tercinta. Perkara yang paling best berhari raya di Malaysia sudah tentulah dapat berhari raya bersama ibu ayah serta kaum keluarga tersayang. Ziarah sana sini tu tak payah cakap la. Gi je mana-mana rumah sedara mara atau kawan-kawan masa hari raya, semuanya terbuka. Nak makan: Ketupat macam-macam jenis, lemang original, pelbagai jenis laksa, sate, puding raja, macam-macam yang biasa dan luar biasa boleh jumpa. Pendek kata nikmat dan kemeriahan juadah hari raya sangat dirasai.

Oleh kerana sebelum kami ke UK raya pertama di kampung suami, jadi kali ni raya pertama kami di kampung aku plak di Taiping. Tiap kali bila balik beraya kami akan balik dua-dua kampung. Cuma ikut giliran yang mana dulu je. Kebetulan tahun ni elok-elok je bila giliran beraya di Taiping, adik-beradik aku ramai yang beraya dulu di Taping jugak dan kebetulan jugak di Sik adik ipar aku balik beraya pada raya ketiga. Jadi bolehlah kami berjumpa lebih ramai ahli keluarga.

Tahun ni aku dan kakak aku yang sulung (Kak Yung) awal-awal dah bagitau kat abah kami supaya jangan buat lemang memandangkan keadaan kesihatan dia yang tak mengizinkan. Biasanya tiap kali raya dia akan buat tapi kali ni memang kami larang walaupun dia sebenarnya nak buat. Kak Yung banyak memainkan peranan tolong mak di dapur raya kali ni. Aku, adik aku Imah dan adik ipar aku Suzi tak mampu nak tolong yang berat-berat sebab masing-masing mengandung. Dalam kepala aku ada banyak benda nak tolong masak tapi bila sampai hari kejadian. aku tak berdaya nak buat sebab aku tak boleh berdiri/duduk lama. Apa pon rancangan kami beramai-ramai nak adakan bbq pada malam raya menjadi jugak.

Bbq menjelang raya

Sambil berBbq, budak-budak main bunga api


Selfie satu keluarga yang jarang kami buat sebab aku tak berapa suka dan dan tak pandai berselfie.



Keluarga Senawi dan Basilah. Cuma dua adik aku dan keluarga masing-masing je yang takde masa ni. 

Kutip duit raya dari Mak Pah

Dapat duit raya besar dari Pak Long n Mak Long (Kak Yung) tahun ni. Moga Pak Long n Mak Long lebih murah rezki tahun depan :)

Ismael n Ielyas with their cousins


Lepas sembahyang raya dan menerima kunjugan beberapa kumpulan tetamu, kami beramai-ramai pergi berhari raya di kampung mak di Bagan Serai dan kampung abah di Sungai Bakau. Tak jauh pon, dekat je. Malam baru kami balik semula ke Taiping. Raya kedua sekali lagi kami beramai-ramai pergi beraya di rumah mak sedara aku di Kebun Sireh, Pulau Pinang. Kami sebenarnya nak ke rumah pakcik aku pulak tapi sebab dia sekeluarga takde di rumah jadinya aku, suami dan anak-anak terus bertolak balik ke Sik.
Ziarah raya ke rumah adik lelaki aku yang nombor tiga yang tinggal di Bagan Serai. Isterinya yang pakai baju kaler hijau.

Beraya di kampung abah di Sungai Bakau

Beraya di rumah mak sedara aku di Kebun Sireh

Malam raya kedua tu ada event gathering kaum kerabat keluarga belah mak mertua aku. Memang sangat meriah dan ramailah berkumpul sebab mak mertua aku ada bilangan adik-beradik yang sangat ramai. Konsep pot luck yang dicadangkan oleh organizer memudahkan kerja menyedia dan mempelbagaikan hidangan untuk semua yang hadir. Esoknya raya ketiga kami sambung balik aktiviti berkunjung ke rumah sanak saudara di Sik dan Baling. Memang raya sakan lah tiga raya pertama tu. 

Gathering raya keluarga sebelah mak mertua. Ini hanya sebahagian saja yang ada dalam gambar. Ramai yang dah balik masa sesi bergambar ni.  

Raya ke-4 famili kami dan famili adik ipar aku Zeni buat plan pergi picnic. Asalnya nak gi picnic dekat-dekat je. Tapi sebab kawasan picnic yang terdekat ada notis supaya berhati-hati dengan kencing tikus, kami buat keputusan untuk ke Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong.  Oleh kerana cuaca panas, aku rasa tak berapa nak best lah mandi air panas. Kami hanya mampu terjun kolam air panas yang paling tak panas je. Huhuhu.....

Satu-satunya kolam air panas yang boleh kami terjun sebab yang lain panas sangat. Bukan setakat panas, dalam jugak yang lain tu. Jadi tak sesuai untuk budak-budak macam Ismael dan Ielyas.

Mata pon berkerut bila ambik gambar sebab panas sangat

Raya ke-6 (Isnin) baru kami balik ke Kuantan. Kami sengaja balik weekday untuk mengelak kesesakan jalan raya. So, anak-anak ponteng sekolah satu hari untuk minggu tu. Dalam perjalanan balik tu kami singgah jap di Ikea Damansara beli perabot dan kelengkapan rumah untuk menyedia ruang storage dan makeover rumah.

Weekend sepanjang Syawal tahun ni Alhamdulillah kami terima jemputan open house pagi petang yang tak putus-putus dari rakan-rakan dan kenalan sehinggalah tamatnya Syawal. Kiranya setiap hujung minggu kami tak payah memasak dan dapatlah concentrate kemas/makeover rumah. Sayangnya lupa plak nak ambik gambar kenang-kenangan bila berkunjung ke setiap open house. So, takdelah gambar nak tempek kat sini. 

Setiap hari sepanjang minggu kedua hingga ke akhir minggu Syawal pulak ada program ziarah Syawal dan Marhaban selepas solat Isyak di kawasan perumahan kami tinggal yang dianjurkan oleh jemaah masjid. Setiap malam biasanya jemaah masjid akan berziarah 3-4 rumah dan rumah terakhir yang diziarahi pada malam berkenaan akan disediakan jamuan oleh tuan rumah. Ismael dan Ielyas boleh katakan jarang miss lah join program ziarah syawal tu. Motivasi depa adalah dapat jumpa kawan-kawan, makan dan duit raya dari tuan rumah yang diziarah. Kadang-kadang tu papa depa yang agak kemalas-malasan jadi semangat pergi sebab anak-anak request nak pergi. Ismael dan Ielyas kira sampai boleh hafal selawat yang dilaungkan dalam setiap ziarah. 



Beratur ambik duit raya dari tuan rumah. Tapi kami bagitau Ismael dan Ielyas duit raya tu bukan matlamat bila berziarah dan syukur alhamdulillah depa tak kisah kalau tak dapat pon.




Ismael ngan Ielyas memang nampak seronok sangat sambut raya tahun ni. Jumlah duit raya terkumpul depa tahun ni memang di luar jangkaan kami. Alhamdulillah, setiap sorang dapat lebih RM600. So, adalah simpanan akaun tabung haji lebih sikit untuk depa tahun ni.  

Semoga Syawal tahun depan lebih bermakna dan meriah dengan kehadiran ahli keluarga baru buat kami sekeluarga. InsyaAllah.

Tuesday, August 9, 2016

Berlima

Dalam tempoh dua minggu atau kurang bilangan ahli keluarga kami akan bertambah seorang menjadi lima. InsyaAllah. Serius berdebar-debar sebab gap antara Ielyas dengan baby kali ni hampir lima tahun. To be honest, aku pon dah hampir lupa macam mana nak pegang baby, bagi mandi baby dan macam-macam lagilah. 

Gambar ambik pagi tadi sebelum pergi kerja

Berdebar jugak sebab cabaran berjaga malam macam dulu-dulu akan dilalui sekali lagi. Cabaran kali ni sememangnya akan berbeza sebab aku akan pegang tiga tanggungjawab besar serentak: a mum n wife with 3 little kids, a PhD student and a lecturer.  Cabaran yang akan aku tempuhi nampaknya akan bertambah dari yang sedia ada. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan aku nanti. Doakan yang terbaik untuk aku ye.... 

Monday, August 8, 2016

Main Play Doh

Dah lama dah si dua beradik request nak main Play Doh. Sejak depa nampak kami display Play Doh tu kat rak mainan depa, dah beberapa kali depa terutamanya Ismael merayu nak main. Tapi aku tak bagi sebab aku suruh dia tunggu sampai kami dapat clearkan ruang tamu rumah. Kejam nyer aku. Huhuhu.....Sebab kalau depa main Play Doh, aku tau akan bertambah serabut ruang tamu rumah yang dalam proses makeover dan jugak padat dengan kotak-kotak barang dari UK yang dalam proses unpack. 

Selepas lebih sebulan Play Doh tu hanya dapat depa pandang je di rak akhirnya Sabtu dua minggu lepas aku allow depa untuk main. Sudah tentunya selepas proses makeover dapur siap (95% siap) dan kotak-kotak dapat di clearkan dari ruang tamu. Berseri-seri muka si dua beradik. 



Sebelum depa mula main aku siap pesan jangan campurkan doh berlainan warna sebab kalau tak pesan sah depa akan buat macam tu. Bukan apa, kalau dah bercampur warna depa sendiri akan nampak tak seronok nak main dan benda tu bukannya murah nak beli kat Malaysia ni. Ielyas main kejap je. Ismael memang bersungguh dia main. Dari mula-mula diperkenalkan Play Doh di UK Ismael memang sangat suka. Sampai kadang-kadang tu habis ditempek serata tempat dan barang dalam rumah. Yang paling aku hangin bila dia tempek ke carpet rumah sebab nak menghilangkan kesannya tu memerlukan daya tenyehan yang kental. Huhuhu.....So, bila depa nak main setelah aku baru nak rasa lega tengok ruang utama rumah dalam keadaan sedap dipandang, depa hanya dibenarkan main di atas meja yang disediakan saja. Banyak betul peraturan aku. Huhuhu.....Tapi depa nampak ok je. Siap bergelak ketawa lagi sambil mengadun Play Doh tu.